Wednesday, December 5, 2012

PANDAI.. tAK pAndAi..

assalamualaikum...

ntah kenapa la tiba2 nak update blog ni.. biase nya.. pnya susah nak update..
da pukul brape ni.. tak tido sebab benda ni je.. pelik betul ni.. haha.. :p

kali ni nak cerita pasal tajuk kat atas tu.. pandai.. tak pandai..
sebenar nya tak tahu nak letak tajuk apa.. main letak je tu.. haha..

ok.. masuk cerita.. masa aku kecik2 dulu.. mak bpak aku slalu bagi nasihat.. bila kat skola nanti.. cari kawan2 yang pandai2.. berkawan dengan orang yang pandai2.. baru bole jadi pandai. aku masa kecik dulu.. ada jgak terfikir.. kalau semua yang pandai.. berfikiran macam tu.. kawan dengan dak2 pandai je.. yang tak pandai.. kena brkawan dengan dak2 yang tak pandai je.. sebab dak2 pandai tak nak kawan dengan diorang.. diorang mesti tak pandai nanti.. kesian la diorang.. tak pandai sebab budak2 pandai suma tak nak kawan dengan dak2 tak pandai.. tapi.. masa tu aku kecik lagi.. so.. aku ikut je la kata2 orang yang lagi berpengalaman drpd aku.. tak kan nak melawan kot.. kan..?? tak nak aku jadi anak derhaka..

so.. sejak skola rendah.. aku hanya berkawan dengan dak2 pandai je.. dak2 kelas aku.. n dak2 kelas sebelah.. kelas sebelah pun.. bukan semua aku kawan.. segelintir je.. dak2 kelas belakang2.. aku tak kawan dengan diorang langsung.. kalau ada pun.. sikit sgt2.. sebab aku ikut cakap mak bpak aku.. n aku tak nak jadi pelajar yang tak pandai..

sampai la skola menengah.. aku masih berkawan dengan dak2 kelas atas2 je.. tapi persoalan tu masih dalam kepala otak aku masa tu.. sebab mesti la semua orang nak jadi pandai.. sebab tu harapan semua ibu bapa yang menghantar anak2 diorang g skola.. kalau tak.. buat apa pergi skola kalau belajar tapi tak nak pandai.. bila aku masuk mrsm.. aku berkawan dengan semua.. tak kisah la pandai ke tak pandai ke.. mrsm.. mestila orang2 pandai yang msuk dalam tu kan..?? mula2 aku fikir macam tu la.. sebab memang ramai orang anggap mrsm ni tmpt orang2 pandai je.. tapi ada jgak yang biase2.. macam dak2 kat skola biase..

then.. satu hari aku kata kat kawan yang rapat dengan aku pasal benda yang mak bpak aku tak bagi aku buat.. pasal benda ni lah.. n aku mendapat satu jawapan yang sangat mengejut kan drpd dia.. dia kata yang mak bpak aku da silap ajar aku.. sebagai seorang anak.. semestinya aku tak kan bersetuju dengan dia.. dia siapa nak cakap macam tu.. dia bukan nya pernah jadi sorang bapa.. sedap2 je nak cakap macam tu.. tapi.. kalau aku fikir kan balik.. ada betul nya jgak.. ye la.. takkan la dak pandai je yang bole jadi pandai.. dak tak pandai dibiarkan macam tu je.. tak adil betul.. aku teruskan hidup macam biase.. sebab kat mrsm.. takde perkara yang menentukan pandai n tak pandai.. semua kat sana pandai..

sampai la satu hari.. aku tak ingat bila.. aku dapat fikirkan jawapan kepada persoalan aku.. maksud di sebalik berkawan dengan orang yang pandai dan jangan berkawan dengan orang yang tak pandai.. kalau difikirkan betul2.. maksud nya mak bpak aku suruh aku berkawan dengan orang2 yang betul2 nak berjaya.. jangan berkawan dengan orang yang bole membawa kita kepada sesuatu yang buruk.. kiranya.. orang yng tak pandai.. bole berkawan dengan orang yang pandai.. bukan nya tak bole.. asal kan dia tak bawak orang yang pandai tu pergi melencong drpd landasan asal.. sebalik nya pun sama.. kalau pandai.. n niat tak betul.. tapi nak berkawan dengan orang yang tak pandai yang nak berjaya.. orang yang tak pandai tu kenala pandai untuk mencari pelbagai alasan untuk tak mengikut orang yang pandai tapi tak betul tu.. sapa faham..?? haha. :p

kita sebenarnya hidup saling bergantung kepada satu sama lain.. aku dapat pengalaman ni masa aku kat mrsm.. golongan yang pandai2 ni biase nya fikir benda2 yang susah je.. sampai bila ada golongan yang rendah sikit pengetahuan nya tanya soalan mudah pun.. golongan pandai ni tak dapat jawab.. seriously.. benda ni terjadi. btw.. sebenar nya.. semua orang pandai.. Allah da bagi kita akal dan fikiran.. supaya kita dapat berfikir.. beza nya.. masing2 ada bidang2 tersendiri.. tak semestinya yang pandai teori.. akan pandai dalam kerja fizikal. tak semestinya tak pandai teori.. bermaksud dia tu bodoh. yang penting.. cara kita menggunakan akal dan fikiran yang Allah beri.. nak pandai.. berusaha la.. tak berusaha.. terima la akibat nya sendiri.. jangan menyesal da la.. pape pun.. sebelum kita bagi kesimpulan terhadap setiap apa yang orang bagi nasihat kat kita.. kita fikir dulu betul2.. jangan la main hentam je.. ni betul.. ni tak betul.. diri sendiri je betul..

taip2.. da panjang da.. tak sedar plak.. ingat kan pendek.. mesti bosan kalau baca ni.. haha.. kalau ada la sapa2 yang baca ni.. kalau ada silap ke.. tgorla pakai komen.. kalau ada pape yang tak faham ke.. tanya la.. kalau bole jawab.. In Shaa Allah.. akan dijawab.. sampai sini je la.. lain kali update yang len plak.. haha..


Saturday, November 24, 2012

kehidupan ku - 2012

assalamualaikum..
hey.. da lama tak update blog ni. sebenar nya nak je update.. tapi masa tak mengizikan.. skrg ni tgh tak buat pape n.teringat nak update sebab ada yang tanya ada blog ke tak.. tu yang baru nak update.. sebenarnya tak tahu nak cerita apa.. da lama2 fikir.. baru la decide nak cerita pasal kehidupan aku on this year (2012).. bnyak yang aku belajar dalam tahun ni..

aku belajar tentang kebesaran Allah.. pengajaran nya bermula.. apabila Allah mendatangkan seekor kucing betina yang masih kecil lagi.. kucing ni ada dengan keluarga aku semasa aku lagi F5.. masih lagi duduk di MRSM Kepala Batas.. Maktab yang mengajar pelbagai cara hidup seorang Islam secara mendalam kepada aku.. aku harap ianya kekal dalam diri aku.. sambung cerita.. kitorang menjaga kucing ni.. macam dia ni part of our family.. kucing lain datang kacau kitorang akan halau kucing tu.. kalau ada kucing jantan yang cuba untuk mengawan dengan dia pun.. kitorang halang.. lawak je bila fikir balik..

akhirnya.. kucing kitorang ni berjaya bunting.. tunggu la dia melahir kan anaknya.. bulan 12 tiba.. dan dia berjaya melahirkan 3 ekor anak kucing yang sangat comel.. pengajaran bermula.. mula2.. macam biase.. anak kucing ni tak bole buka mata diorang.. aku mula berfikir.. macam mana kalau bila diorang buka mata nanti.. diorang ni buta.. macam mana masa depan diorang.. agak merisau kan.. lepas diorang berjaya buka mata.. alhamdulillah.. mata diorang suma ok.. tapi badan diorang terlalu kecil.. aku berfikir lagi.. macam mana kalau diorang tak sempat membesar.. diorang mati awal.. aku risau yang tu pula.. mana la tahu. kena pijak ke.. kena langgar kereta ke.. takpe.. kitorang jaga elok2.. bila tiba masa diorang sudah mula berjalan keluar daripada sangkar diorang.. diorang masih kecil.. jadi kitorang jalan dengan berhati2.. takut terpijak.. alhamdulillah.. diorang berjaya membesar..

selepas beberapa bulan.. mak diorang melahirkan lagi.. 3 ekor anak kucing..  jadi.. kitorang da ada 7 ekor kucing.. kucing batch kedua ni tidak dijaga seperti batch 1.. diorang dibiarkan di luar rumah sejak kecil lagi.. masa ni.. aku da masuk U.. ada satu miggu tu.. aku balik.. dengar cerita.. seekor kucing batch1 n seekor kucing batch kedua da mati.. yeah.. rasa nya sangat pelik.. macam hilang benda yang penting dalam hidup ni.. lepas tu.. minggu seteusnya.. seekor kucing batch kedua hilang.. sebab orang amik.. satu2 nya anak kucing betina.. hilang macam tu je.. skrg.. lahir lagi 3 ekor kucing.. dan in shaa Allah.. akan dijaga anak2 kucing tu dengan sebaik2 nya..

berita baik yang sangat menaik kan semangat aku dalam tahun ni.. apabila aku mendapat straight A's dalam SPM.. pada masa tu.. aku tunjuk kan result aku kat arwah adik aku yang baru saja memasuki F4.. aku nak bagi dia semangat untuk mengalah kan aku untuk SPM yang akan dihadapi olehnya pada tahun hadapan.. aku sanggup memimjamkan segala alatan dan buku aku untuk dia berjaya dalam SPM.. aku sangat menharapkan dia.. kitorang suma happy sangat masa tu..

tapi yang indah itu tidak kekal lama.. arwah adik aku dipanggil oleh-Nya lebih awal daripada ahli keluarga yang lain.. pada masa tu.. aku macam hilang arah.. tak bole terima yang dia dah tak da.. aku tetap mengaharap kan dia bergerak semasa aku dan ibu ku membaca kan surah Yassin kepada arwah..

mula2 nya.. pada hari jumaat sebelum cuti pertengahan tahun untuk semua sekolah.. arwah balik ke rumah da demam secara tiba2.. arwah tak larat untuk menyertai aku dan adik aku untuk menunai kan solat Jumaat.. biasa nya.. aku akan marah bila setiap kali arwah menyatakan bahawa arwah tak nak pergi ke masjid untuk solat jumaat.. tak kisah la apa pun sebab yang dia bagi.. aku akan marah arwah.. tapi pada hari tu.. aku tak rasa sedikit pun rasa nak marah kat arwah.. aku biarkan saja.. aku juga berasa pelik.. aku fikir.. tak pe la.. dia tak sihat.. hari terus berlansung.. aku pergi ke kelas taekwondo untuk satu hari pada hari sabtu tu.. malam tu baru aku jumpa arwah semula.. kitorang makan makanan arab di cyberjaya.. malam tu.. selepas makan.. dia berasa sangat sakit.. aku meng-volunteer kan diri untuk belikan panadol bila ibu ku suro belikan untuk arwah.. arwah mengikut aku untuk membeli ubat.. singgah kat 7-eleven.. arwah sempat minx topup kan untuk dia.. aku topup kan..

pada esok pagi.. seperti biase.. seperti minggu2 yang lain.. aku akan bersiap untuk ke kelas taekwondo selepas subuh.. arwah bangun dari tidur dan bertanya kan tentang aku hendak kemana.. aku berasa pelik.. kenapa arwah tanya macam tu.. setiap minggu pun aku buat benda yang sama.. mesti arwah sepatut nya tahu aku nak ke mana.. aku jawab.. angah nak pergi kelas taekwondo.. acik tido lah.. sungguh aku tak sangka.. itu lah kali terakhir aku dengar suara arwah.. aku pergi ke kelas taekwondo.. n pada hari tu.. aku takde kelas pada pukul 3 peatang kallau tak silap.. so.. aku balik rumah... sampai2 je kat rumah.. semua orang takde.. takpela.. maybe semua keluar pergi mana2..

lepas kelas pukul 5 habis.. ayah call.. bgth yang diorang semua kat hospital.. aku terkejut.. kenapa pergi hospital..???? my father said that my brother have the heart problem.. masa tu aku terkejut sangat2.. aku da mula risau.. sampai di rumah sebelum maghrib.. aku bersiap.. dan menunggu diorang balik.. akhirnya diorang balik.. tapi.. arwah tak balik.. ibu kata arwah kena tahan wad.. ibu kata arwah sempat bergurau lagi sebelum ditinggal kan di hospital.. doktor kata tak de sapa pun bole teman arwah.. tak pelah.. doktor tahu apa yang dia buat.. aku cuma seorang pelajar yang hanya mampu berdoa untuk kesihatan arwah..

esoknya.. pada pukul 5 pagi.. doktor membuat panggilan.. menyatakan yang adik aku sudah koma.. kitorang terus ke hospital selepas subuh.. sampai di hospital sebelum pukul 7 pagi.. melawat arwah.. semasa giliran aku.. aku melihat tubuh dia yang kaku tidak dapat bergerak.. tiba2 air mata aku keluar.. aku tak bole tahan melihat arwah dalam keadaan yang macam tu.. masa tu.. arwah fully supported by all the machines.. tanpa mesin2 tu.. dia tak bole hidup.. selepas tu.. aku terus menunggu di tempat menunggu.. saudara mara aku datang ke hospital.. approximately 6.30.. arwah disahkan meniggal dunia.. arwah meniggal di depan mata aku.. aku rasa hilang arah.. betul2 tak bole terima apa yang terjadi..

harapan aku selama ni untuk melihat arwah berjaya dalam SPM.. hacur.. harapan aku supaya dia dapat tengok aku masuk U.. hacur.. aku sedih sangat2 sebab arwah selalu mengikut apa yang aku lakukan semasa kitorang bersama.. aku masuk MRSM utuk dua tahun.. bnyak masa yang aku tak dapat bersama arwah.. lepas spm.. arwah masih bersekolah.. sabtu dan ahad.. aku sibuk dengan tanggungjawab aku sebagai seorang pengajar ilmu seni mempertahan kan diri.. jumpa hanya pada waktu malam.. tu pun bila aku da penat.. memang banyak masa aku tak luangkan dengan arwah.

selepas selesai dengan hospital.. kitorang semua balik kampung.. malam terakhir aku melihat arwah tido tanpa nafas.. ibu ayah ku merupakan orang yang paling sedih.. esok nya.. abang aku terpaksa balik semula ke selangor.. sebab dia ada exam.. tak diberikan kebenaran untuk menangguh exam tersebut..

selepas ramai orang kampung berkumpul.. mula lah majlis menguruskan jenazah.. aku memandikan arwah.. terasa sebak bila di fikir kan balik solat jenazah beramai2.. lalu membawa jenazah ke tanah perkuburan.. sampai di sana.. aku disuruh untuk masuk ke liang lahad supaya dapat menurunkan jenazah ke dalam liang lahad.. aku tak sanggup.. sebab aku tak nak arwah pergi.. aku tak masuk keliang lahad.. sepupu ku menggantikan aku.. selepas selesai semuanya.. terus bergegas pulang ke rumah kerana aku kena bersiap sedia untuk mendaftarkan diri pada hari sabtu tersebut(kalau tak silap)..

kalau korang baca n faham kisah ni.. mesti korang pun akan dapat tahu apa yang aku dapat pelajari.. aku harap arwah tenang disana.. dicucuri rahmat.. n ditempat kan di kalangan orang2 yang soleh..

terima kasih kepada kawan2 aku yang support aku masa aku sedang jatuh.. orang pertama yang aku call semasa kejadian tu.. terima kasih.. kawan2 aku yang datang ke hospital.. kawan aku yang mengikut aku balik ke kampung untuk teman aku.. terima kasih bnyak2.. kawan2 yang sentiasa bagi semangat.. terima kasih.. terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menguruskan segala2nya..

Friday, May 25, 2012

Alhamdulillah... =)

Assalamualaikum..

lama betul x update.. haha..
:p

walaupun.. mcm da lambat je nk cerita..
aq ttp nk cerita jgak la..
setahu aq.. ramai da tahu yg aq dapat straight A's..
Alhamdulillah.. terima kasih kepada sesiapa yg mendoakan untuk aku..
terutama ibu bapa aq.. cikgu2 aq.. kawan2 aku.. suma skali lah..

bila ckp pasal result SPM ni..
teringat aku.. dekat kata2 semangat cikgu2..
*bg aq la.. kata2 semangat..
kata2 nya.. lebih kurang macam ni..

BM: "kamu sumua.. ikut je ape yg cikgu kata kan.. (x kisah la panjang mne pun
         karangan yg cikgu suro buat).. cikgu pasti.. kamu akan dapat A+.."
BI: "lepas exam final 3rd sem.. "after this.. I want u to do practice for your essay..
        ur grammar.. vocab.. n so on.." (ikut je laa).. :p
MATH: "math ni senang je.. kalau korg dpat A utk math.. cikgu bg rm2.." (mmg la x
               bnyak.. tp klu da kena bg rm50 utk yg dpt A.. mau pokai la cikgu tu.. sbb
               kitorg ade 225 org pelajar.. klu semua org dpt A.. kira sndri la.. gaji cikgu
               pun x bole tanggung.. hehe) *pastu cikgu ckp.. cikgu nak sedekah kan kat
               tmpt yg nk bina surau.. lagi syok.. hehe.. :)
SEJ: cikgu ni.. sgt rajin mengajar.. x kira masa.. slalu bg soalan.. x kisah kt mne2
        pun.. contohnye.. time nk minx soalan sej SBP n skola2 len.. sementara tunggu
        nk copy paste.. dia tnye.. mmg nk mati nk mnjawab nye.. "tu la.. cikgu suro bce
        buku.. x bace.. kan x bole jawab.. len kali bce buku.. ingat tu..". papepun..
        best.. :)
PAI: mcm biase la.. buat latihan bnyak2.. pastu bg kate2 semangat yg
        memberangsang kan.. rse nye.. suma skola mcm tu.. :p
ADD MATH: "cikgu tgok muka2 kat sini.. suma calon straight A.. cikgu yakin..
                         kamu semua bole dapat suma A.. jadi.. kamu kena yakin yg kamu
                         bole dapat semua A.." *semangat betul bila dgr cikgu cakap mcm
                         tu.. Btw.. cikgu2 ADD MATH ni.. x pernah mengalah dalam
                         mengajar kitorg.. mmg best.. tnye la brape bnyak kali pun.. x faham
                         brape bnyak kali pun.. cikgu mesti akan trangkan sampai pelajar
                         faham.. klu org len.. rse nye.. da kena tengking da tu.. hehe..
PHYSICS: "kalau x tahu.. x faham psal fizik.. kamu jangan cakap pasal fizik".. amik
                    secara positive.. bg aq.. cikgu suro aq.. study fizik betul2.. bg faham..
                    then.. aq buat jela.. akhirnye.. dpt la hasil nye... :)
CHEMISTRY: "setiap apa yg cikgu cakap ni.. mungkin adalah jawapan kepada
                          setiap kali kamu menjawab krtas kimia.. jadi.. dengar betul-betul"..
                         *walaupun mengantuk.. ttp bertahan sbb nk dgr ape yg cikgu cakap..
                           :)
BIOLOGY: "kamu semua kena berusaha.. jangan lepas dpt result nnt.. kamu
                     kate..'nak buat mcm mne.. ni je rezeki aq'.. Allah da bg kamu rezeki..
                     cuma kamu saje yg perlu berusaha untuk mendapatkan nya.." terkejut
                     habis bila dgr... so.. apa lagi.. amik tindakan la.. jgn buat x tahu..

apa2 yg cikgu2 telah usaha kan.. x kan saya lupa sampai bila2.. cikgu2 x pernah mengalah dalam mengajar.. membuatkan saya x nk mengalah dalam mendapat kan keputusan cemerlang dalam SPM.. walaupun.. sebelum ni.. keputusan sy cuma takat memuaskan.. tp dgn bantuan cikgu2.. sy boleh bangkit.. Terima Kasih Cikgu.. :)

Ibu ayah juga.. terima kasih.. kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan.. walaupun duduk berjauhan.. ibu ayah tetap memenuhi kehendak angah.. ibu ayah sentiasa berusaha utk memberikan yg terbaik kepada angah.. Terima Kasih IBU dan AYAH ku.. :)

kawan2 aq jgak.. yg slalu membantu dalam pelajaran aq.. slalu menegur aq dalam sesuatu perkara.. yg sentiasa berkerjasama.. yg sentiasa menemani aq.. Terima Kasih..


So.. kepada sapa2 yg nk amik SPM tu.. jgn la mudah mengalah.. org kt sekeliling kita sentiasa berada di sisi.. or belakang ke.. utk support kita.. so.. sentiasa berusaha.. think positive.. :)