Wednesday, December 5, 2012

PANDAI.. tAK pAndAi..

assalamualaikum...

ntah kenapa la tiba2 nak update blog ni.. biase nya.. pnya susah nak update..
da pukul brape ni.. tak tido sebab benda ni je.. pelik betul ni.. haha.. :p

kali ni nak cerita pasal tajuk kat atas tu.. pandai.. tak pandai..
sebenar nya tak tahu nak letak tajuk apa.. main letak je tu.. haha..

ok.. masuk cerita.. masa aku kecik2 dulu.. mak bpak aku slalu bagi nasihat.. bila kat skola nanti.. cari kawan2 yang pandai2.. berkawan dengan orang yang pandai2.. baru bole jadi pandai. aku masa kecik dulu.. ada jgak terfikir.. kalau semua yang pandai.. berfikiran macam tu.. kawan dengan dak2 pandai je.. yang tak pandai.. kena brkawan dengan dak2 yang tak pandai je.. sebab dak2 pandai tak nak kawan dengan diorang.. diorang mesti tak pandai nanti.. kesian la diorang.. tak pandai sebab budak2 pandai suma tak nak kawan dengan dak2 tak pandai.. tapi.. masa tu aku kecik lagi.. so.. aku ikut je la kata2 orang yang lagi berpengalaman drpd aku.. tak kan nak melawan kot.. kan..?? tak nak aku jadi anak derhaka..

so.. sejak skola rendah.. aku hanya berkawan dengan dak2 pandai je.. dak2 kelas aku.. n dak2 kelas sebelah.. kelas sebelah pun.. bukan semua aku kawan.. segelintir je.. dak2 kelas belakang2.. aku tak kawan dengan diorang langsung.. kalau ada pun.. sikit sgt2.. sebab aku ikut cakap mak bpak aku.. n aku tak nak jadi pelajar yang tak pandai..

sampai la skola menengah.. aku masih berkawan dengan dak2 kelas atas2 je.. tapi persoalan tu masih dalam kepala otak aku masa tu.. sebab mesti la semua orang nak jadi pandai.. sebab tu harapan semua ibu bapa yang menghantar anak2 diorang g skola.. kalau tak.. buat apa pergi skola kalau belajar tapi tak nak pandai.. bila aku masuk mrsm.. aku berkawan dengan semua.. tak kisah la pandai ke tak pandai ke.. mrsm.. mestila orang2 pandai yang msuk dalam tu kan..?? mula2 aku fikir macam tu la.. sebab memang ramai orang anggap mrsm ni tmpt orang2 pandai je.. tapi ada jgak yang biase2.. macam dak2 kat skola biase..

then.. satu hari aku kata kat kawan yang rapat dengan aku pasal benda yang mak bpak aku tak bagi aku buat.. pasal benda ni lah.. n aku mendapat satu jawapan yang sangat mengejut kan drpd dia.. dia kata yang mak bpak aku da silap ajar aku.. sebagai seorang anak.. semestinya aku tak kan bersetuju dengan dia.. dia siapa nak cakap macam tu.. dia bukan nya pernah jadi sorang bapa.. sedap2 je nak cakap macam tu.. tapi.. kalau aku fikir kan balik.. ada betul nya jgak.. ye la.. takkan la dak pandai je yang bole jadi pandai.. dak tak pandai dibiarkan macam tu je.. tak adil betul.. aku teruskan hidup macam biase.. sebab kat mrsm.. takde perkara yang menentukan pandai n tak pandai.. semua kat sana pandai..

sampai la satu hari.. aku tak ingat bila.. aku dapat fikirkan jawapan kepada persoalan aku.. maksud di sebalik berkawan dengan orang yang pandai dan jangan berkawan dengan orang yang tak pandai.. kalau difikirkan betul2.. maksud nya mak bpak aku suruh aku berkawan dengan orang2 yang betul2 nak berjaya.. jangan berkawan dengan orang yang bole membawa kita kepada sesuatu yang buruk.. kiranya.. orang yng tak pandai.. bole berkawan dengan orang yang pandai.. bukan nya tak bole.. asal kan dia tak bawak orang yang pandai tu pergi melencong drpd landasan asal.. sebalik nya pun sama.. kalau pandai.. n niat tak betul.. tapi nak berkawan dengan orang yang tak pandai yang nak berjaya.. orang yang tak pandai tu kenala pandai untuk mencari pelbagai alasan untuk tak mengikut orang yang pandai tapi tak betul tu.. sapa faham..?? haha. :p

kita sebenarnya hidup saling bergantung kepada satu sama lain.. aku dapat pengalaman ni masa aku kat mrsm.. golongan yang pandai2 ni biase nya fikir benda2 yang susah je.. sampai bila ada golongan yang rendah sikit pengetahuan nya tanya soalan mudah pun.. golongan pandai ni tak dapat jawab.. seriously.. benda ni terjadi. btw.. sebenar nya.. semua orang pandai.. Allah da bagi kita akal dan fikiran.. supaya kita dapat berfikir.. beza nya.. masing2 ada bidang2 tersendiri.. tak semestinya yang pandai teori.. akan pandai dalam kerja fizikal. tak semestinya tak pandai teori.. bermaksud dia tu bodoh. yang penting.. cara kita menggunakan akal dan fikiran yang Allah beri.. nak pandai.. berusaha la.. tak berusaha.. terima la akibat nya sendiri.. jangan menyesal da la.. pape pun.. sebelum kita bagi kesimpulan terhadap setiap apa yang orang bagi nasihat kat kita.. kita fikir dulu betul2.. jangan la main hentam je.. ni betul.. ni tak betul.. diri sendiri je betul..

taip2.. da panjang da.. tak sedar plak.. ingat kan pendek.. mesti bosan kalau baca ni.. haha.. kalau ada la sapa2 yang baca ni.. kalau ada silap ke.. tgorla pakai komen.. kalau ada pape yang tak faham ke.. tanya la.. kalau bole jawab.. In Shaa Allah.. akan dijawab.. sampai sini je la.. lain kali update yang len plak.. haha..