Saturday, November 24, 2012

kehidupan ku - 2012

assalamualaikum..
hey.. da lama tak update blog ni. sebenar nya nak je update.. tapi masa tak mengizikan.. skrg ni tgh tak buat pape n.teringat nak update sebab ada yang tanya ada blog ke tak.. tu yang baru nak update.. sebenarnya tak tahu nak cerita apa.. da lama2 fikir.. baru la decide nak cerita pasal kehidupan aku on this year (2012).. bnyak yang aku belajar dalam tahun ni..

aku belajar tentang kebesaran Allah.. pengajaran nya bermula.. apabila Allah mendatangkan seekor kucing betina yang masih kecil lagi.. kucing ni ada dengan keluarga aku semasa aku lagi F5.. masih lagi duduk di MRSM Kepala Batas.. Maktab yang mengajar pelbagai cara hidup seorang Islam secara mendalam kepada aku.. aku harap ianya kekal dalam diri aku.. sambung cerita.. kitorang menjaga kucing ni.. macam dia ni part of our family.. kucing lain datang kacau kitorang akan halau kucing tu.. kalau ada kucing jantan yang cuba untuk mengawan dengan dia pun.. kitorang halang.. lawak je bila fikir balik..

akhirnya.. kucing kitorang ni berjaya bunting.. tunggu la dia melahir kan anaknya.. bulan 12 tiba.. dan dia berjaya melahirkan 3 ekor anak kucing yang sangat comel.. pengajaran bermula.. mula2.. macam biase.. anak kucing ni tak bole buka mata diorang.. aku mula berfikir.. macam mana kalau bila diorang buka mata nanti.. diorang ni buta.. macam mana masa depan diorang.. agak merisau kan.. lepas diorang berjaya buka mata.. alhamdulillah.. mata diorang suma ok.. tapi badan diorang terlalu kecil.. aku berfikir lagi.. macam mana kalau diorang tak sempat membesar.. diorang mati awal.. aku risau yang tu pula.. mana la tahu. kena pijak ke.. kena langgar kereta ke.. takpe.. kitorang jaga elok2.. bila tiba masa diorang sudah mula berjalan keluar daripada sangkar diorang.. diorang masih kecil.. jadi kitorang jalan dengan berhati2.. takut terpijak.. alhamdulillah.. diorang berjaya membesar..

selepas beberapa bulan.. mak diorang melahirkan lagi.. 3 ekor anak kucing..  jadi.. kitorang da ada 7 ekor kucing.. kucing batch kedua ni tidak dijaga seperti batch 1.. diorang dibiarkan di luar rumah sejak kecil lagi.. masa ni.. aku da masuk U.. ada satu miggu tu.. aku balik.. dengar cerita.. seekor kucing batch1 n seekor kucing batch kedua da mati.. yeah.. rasa nya sangat pelik.. macam hilang benda yang penting dalam hidup ni.. lepas tu.. minggu seteusnya.. seekor kucing batch kedua hilang.. sebab orang amik.. satu2 nya anak kucing betina.. hilang macam tu je.. skrg.. lahir lagi 3 ekor kucing.. dan in shaa Allah.. akan dijaga anak2 kucing tu dengan sebaik2 nya..

berita baik yang sangat menaik kan semangat aku dalam tahun ni.. apabila aku mendapat straight A's dalam SPM.. pada masa tu.. aku tunjuk kan result aku kat arwah adik aku yang baru saja memasuki F4.. aku nak bagi dia semangat untuk mengalah kan aku untuk SPM yang akan dihadapi olehnya pada tahun hadapan.. aku sanggup memimjamkan segala alatan dan buku aku untuk dia berjaya dalam SPM.. aku sangat menharapkan dia.. kitorang suma happy sangat masa tu..

tapi yang indah itu tidak kekal lama.. arwah adik aku dipanggil oleh-Nya lebih awal daripada ahli keluarga yang lain.. pada masa tu.. aku macam hilang arah.. tak bole terima yang dia dah tak da.. aku tetap mengaharap kan dia bergerak semasa aku dan ibu ku membaca kan surah Yassin kepada arwah..

mula2 nya.. pada hari jumaat sebelum cuti pertengahan tahun untuk semua sekolah.. arwah balik ke rumah da demam secara tiba2.. arwah tak larat untuk menyertai aku dan adik aku untuk menunai kan solat Jumaat.. biasa nya.. aku akan marah bila setiap kali arwah menyatakan bahawa arwah tak nak pergi ke masjid untuk solat jumaat.. tak kisah la apa pun sebab yang dia bagi.. aku akan marah arwah.. tapi pada hari tu.. aku tak rasa sedikit pun rasa nak marah kat arwah.. aku biarkan saja.. aku juga berasa pelik.. aku fikir.. tak pe la.. dia tak sihat.. hari terus berlansung.. aku pergi ke kelas taekwondo untuk satu hari pada hari sabtu tu.. malam tu baru aku jumpa arwah semula.. kitorang makan makanan arab di cyberjaya.. malam tu.. selepas makan.. dia berasa sangat sakit.. aku meng-volunteer kan diri untuk belikan panadol bila ibu ku suro belikan untuk arwah.. arwah mengikut aku untuk membeli ubat.. singgah kat 7-eleven.. arwah sempat minx topup kan untuk dia.. aku topup kan..

pada esok pagi.. seperti biase.. seperti minggu2 yang lain.. aku akan bersiap untuk ke kelas taekwondo selepas subuh.. arwah bangun dari tidur dan bertanya kan tentang aku hendak kemana.. aku berasa pelik.. kenapa arwah tanya macam tu.. setiap minggu pun aku buat benda yang sama.. mesti arwah sepatut nya tahu aku nak ke mana.. aku jawab.. angah nak pergi kelas taekwondo.. acik tido lah.. sungguh aku tak sangka.. itu lah kali terakhir aku dengar suara arwah.. aku pergi ke kelas taekwondo.. n pada hari tu.. aku takde kelas pada pukul 3 peatang kallau tak silap.. so.. aku balik rumah... sampai2 je kat rumah.. semua orang takde.. takpela.. maybe semua keluar pergi mana2..

lepas kelas pukul 5 habis.. ayah call.. bgth yang diorang semua kat hospital.. aku terkejut.. kenapa pergi hospital..???? my father said that my brother have the heart problem.. masa tu aku terkejut sangat2.. aku da mula risau.. sampai di rumah sebelum maghrib.. aku bersiap.. dan menunggu diorang balik.. akhirnya diorang balik.. tapi.. arwah tak balik.. ibu kata arwah kena tahan wad.. ibu kata arwah sempat bergurau lagi sebelum ditinggal kan di hospital.. doktor kata tak de sapa pun bole teman arwah.. tak pelah.. doktor tahu apa yang dia buat.. aku cuma seorang pelajar yang hanya mampu berdoa untuk kesihatan arwah..

esoknya.. pada pukul 5 pagi.. doktor membuat panggilan.. menyatakan yang adik aku sudah koma.. kitorang terus ke hospital selepas subuh.. sampai di hospital sebelum pukul 7 pagi.. melawat arwah.. semasa giliran aku.. aku melihat tubuh dia yang kaku tidak dapat bergerak.. tiba2 air mata aku keluar.. aku tak bole tahan melihat arwah dalam keadaan yang macam tu.. masa tu.. arwah fully supported by all the machines.. tanpa mesin2 tu.. dia tak bole hidup.. selepas tu.. aku terus menunggu di tempat menunggu.. saudara mara aku datang ke hospital.. approximately 6.30.. arwah disahkan meniggal dunia.. arwah meniggal di depan mata aku.. aku rasa hilang arah.. betul2 tak bole terima apa yang terjadi..

harapan aku selama ni untuk melihat arwah berjaya dalam SPM.. hacur.. harapan aku supaya dia dapat tengok aku masuk U.. hacur.. aku sedih sangat2 sebab arwah selalu mengikut apa yang aku lakukan semasa kitorang bersama.. aku masuk MRSM utuk dua tahun.. bnyak masa yang aku tak dapat bersama arwah.. lepas spm.. arwah masih bersekolah.. sabtu dan ahad.. aku sibuk dengan tanggungjawab aku sebagai seorang pengajar ilmu seni mempertahan kan diri.. jumpa hanya pada waktu malam.. tu pun bila aku da penat.. memang banyak masa aku tak luangkan dengan arwah.

selepas selesai dengan hospital.. kitorang semua balik kampung.. malam terakhir aku melihat arwah tido tanpa nafas.. ibu ayah ku merupakan orang yang paling sedih.. esok nya.. abang aku terpaksa balik semula ke selangor.. sebab dia ada exam.. tak diberikan kebenaran untuk menangguh exam tersebut..

selepas ramai orang kampung berkumpul.. mula lah majlis menguruskan jenazah.. aku memandikan arwah.. terasa sebak bila di fikir kan balik solat jenazah beramai2.. lalu membawa jenazah ke tanah perkuburan.. sampai di sana.. aku disuruh untuk masuk ke liang lahad supaya dapat menurunkan jenazah ke dalam liang lahad.. aku tak sanggup.. sebab aku tak nak arwah pergi.. aku tak masuk keliang lahad.. sepupu ku menggantikan aku.. selepas selesai semuanya.. terus bergegas pulang ke rumah kerana aku kena bersiap sedia untuk mendaftarkan diri pada hari sabtu tersebut(kalau tak silap)..

kalau korang baca n faham kisah ni.. mesti korang pun akan dapat tahu apa yang aku dapat pelajari.. aku harap arwah tenang disana.. dicucuri rahmat.. n ditempat kan di kalangan orang2 yang soleh..

terima kasih kepada kawan2 aku yang support aku masa aku sedang jatuh.. orang pertama yang aku call semasa kejadian tu.. terima kasih.. kawan2 aku yang datang ke hospital.. kawan aku yang mengikut aku balik ke kampung untuk teman aku.. terima kasih bnyak2.. kawan2 yang sentiasa bagi semangat.. terima kasih.. terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menguruskan segala2nya..