Monday, July 8, 2013

MCLEAD camp..

Assalamualaikum..
baru je abis latihan Taekwondo.. da terus gatal tangan ni nak update blog.. mana tak nya.. da lama tak update.. penat jgak ni.. rasa nak tido je.. tapi nnt da tak de masa nak update.. so update je la..

aku mmg nak berhenti TKD kat CFS ni sebenarnya.. penat.. bnyak pakai duit.. fuh.. tapi nampak nya tak bole la berhenti lagi.. sebab aku dipilih menjadi president TKD kat CFS ni (Alhamdulillah).. so.. aku teruskan jgak la join TKD kat sini.. da tak de pilihan lain da..

disebab kan memegang jawatan president.. so aku kena la pergi join program MCLEAD.. maksud MCLEAD ni aku tak ingat.. tapi program ni untuk leaders setiap societies n clubs.. pergi jumaat lepas sampai hari ahad lepas (5-7/7).. tempat dia sama macam tahun lepas.. dekat Hang Tuah World Heritage Hotel.. Melaka.. wah.. dengar je hotel.. orang kata best.. aku yang da pernah pergi sebelum ni.. da tahu la betapa "best" nya kat situ.. haha..

kali ni aku bawak semua 2nd year.. tak de 1st year langsung untuk wakil TKD.. diorang pergi tahun depan pun bole.. lagipun aku kesian kat S/U TKD.. dia perempuan.. tak kan la aku nak bawak lelaki untuk teman aku.. baik aku bawak v.pres 2.. bole la dia teman S/U.. sebab dia perempuan.. diorang siap dapat satu bilik lagi.. pergi mana2 pun sama2..

pergi melaka.. pukul 9.30 nak ke pukul 10 pagi da.. mula2 aku tersalah naik bas.. aku masuk bas lain.. n bag baju2 aku.. aku letak la kat dalam perut bas tu.. lepas check nama.. baru aku tahu yang aku tersalah bas.. tuka je la bas.. tapi aku tinggal je beg baju aku.. sebab diorang da tutup pintu perut bas tu.. takkan la nak suro diorang bukak balik.. mcam budak kecik je kalau macam tu.. sebab destinasi kitorang sama je.. so pindah je..

bas aku naik tu bas yang last skali gerak.. sepanjang perjalanan tu aku tido je.. ngantok.. haha.. da sampai masuk waktu untuk solat jumaat pun.. kitorang tak sampai lagi ke destinasi.. bas pun berhenti la dekat tepi jalan.. sebab kitorang nak kena pergi solat jumaat.. besar masjid tu.. lawa.. megah je.. sampai2 ke kawasan masjid tu.. tanggal je kasut.. terus pergi cari tandas.. sebab tak tahan nak buang air kecik.. haha.. jalan2.. sampai la tempat wuduk prmpn.. aku nak masuk la.. sebab biase nya mana ada prmpn pergi solat jumaat.. aku nak cari tandas kat dalam tu.. sebab tak tahan sangat da.. belum sempat masuk.. tiba2 sorang perempuan kluar dari tempat amik wuduk tu.. terkejut aku.. terus patah balik.. masa aku pusing tu.. ternampak la tempat kawasan solat muslimat.. ade jgak jemaah muslimat kat situ.. ramai jgak la kalau nak dibandingkan dengan masjid lain yang slalu nya tak de langsung pun.. lagi la aku terkejut.. betul ke ni.. haha..

lepas solat jumaat.. terus pergi naik bas balik.. aku text la kawan aku kat bas yang ada beg baju aku tu.. dia kata dia da sampai.. aku suro la amik beg baju aku.. risau plak aku.. nnt tak de baju nak tuka.. da busuk ni.. haha :p.. sampai2 kat sana.. lepas daftar.. terus pergi masuk hall.. masuk2 hall.. semua pakai baju formal.. aku dengan kawan2 aku je pakai baju biase2.. tak sempat ke bilik.. sebab terlupa no bilik.. haha.. teruk betul.. kat sana tak buat ape pun.. terperap je kat dalam tu.. penat sebab meeting je kerja kat situ.. tak meeting.. ada talk.. bosan kan..? haha.. tapi ada la jgak aktiviti ptg hari sabtu tu.. n kumpulan aku dapat no 6 daripada 10 kumpulan.. takde la hebat mana pun..:p

masa kat sana.. V.Pres n S/U aku ada la bgth yang diorang bercakap dengan sape ntah..  dia tanya.. sape pres TKD.. diorang pun cakap la yang aku ni Pres TKD.. dia macam tak caya yang aku ni Pres TKD.. dia kata sebab biase nya Pres ni badan dia fit.. geram betul aku.. tahu la aku gemok.. jawatan ni pun bukan aku yang minx.. so aku kata la kat diorang.. aku suro diorang bgth orang tu yang takpe.. nanti2 aku kurus la.. then aku tujuk la gambar aku masa kat maktab dulu.. diorang kata aku nampak pelik bila aku kurus.. diorang kata macam ni pun da ok da.. tak yah kurus2.. sedap je untuk peluk.. aku da pelik da masa tu.. nak kena diorang ni.. haha.. :p

bnyak la jgak event yang kitorang da rancang.. n aku harap sangat yang events tu semua dapat dijalankan dengan sebaik2nya.. AMMIIINN... hehe.. bukan apa.. aku da anggap TKD kat sini macam family aku sendiri da.. rapat sangat da kitorang.. just 1st year je yang masih terasa jauh dengan kitorang.. so aku nak buat la semua events ni untuk rapat kan kitorang suma.. harap sangat2 dapat buat semua events. event yang paling dekat.. IFTAR.. sempena bulan Ramadan nanti.. kerjasama diantara TKD.. KarateDo.. n Capoiera..

sampai sini je la.. len kali update lagi.. In Shaa Allah.. thanks sebab baca walaupun post ni agak membosankan.. :D